Tentera Zionis tembak rumah penduduk, sembur racun perosak di sempadan Gaza

KHAN YOUNIS, 4 Apr 2017 (Maan) — Tentera Zionis yang berkawal di beberapa buah menara di sempadan timur Khan Younis di selatan Gaza melepaskan tembakan peluru hidup ke arah tanah lapang dan rumah-rumah penduduk di sempadan.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun sebahagian daripada rumah-rumah mengalami kerosakan teruk.

Dalam pada itu, dron tentera Zionis menyembur racun perosak di atas tanaman petani Gaza di sempadan kawasan selatan dan tengah Gaza. Awal tahun ini, insiden yang sama berlaku di kawasan Khan Younis, menyebabkan tanaman terbakar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts