Tentera Zionis terus mengancam sumber pendapatan dan nyawa nelayan Gaza

GAZA, 16 Jun 2016 (ISM) — Rabu lalu Rajab Khaled Abu Riela, 30, beserta adik dan dua orang sepupunya meninggalkan peluabuhan Gaza pada jam 12 tengahari. Mereka mencari rezki dengan menangkap ikan sehingga jam 1:30 pagi.

“Apabila kami mula berundur balik ke pelabuhan, sebuah bot perang Zionis datang; tentera mula memaki hamun kami dengan menggunakan pembesar suara kemudian melepaskan tembakan ke arah dua bot kecil yang kami naiki,” kata Rajab. “Kemudian kapal perang itu melanggar bot kami. Ketika itu saya buat keputusan untuk selamatkan diri, tetapi saya tiba-tiba ditembak dengan peluru hidup di bahagian kaki.”

Pasukan tentera Zionis itu mereka ke pelabuhan Ashdod, di mana beliau tidak diberi sebarang ubat atau rawatan, dan dibiarkan berdarah hingga jam 9:30 pagi.

Akhirnya, mereka berempat dihantar pulang ke Gaza, di mana sebuah ambulan membawa Rajab terus dari pintu lintasan Erez ke hospital di mana beliau terpaksa menjalani pembedahan.

Apabila Rajab akhirnya tiba di Hospital Shifa, doktor berjaya membuang serpihan-serpihan besar peluru – tetapi serpihan-serpihan kecil masih banyak di dalam kakinya.

“Masa depan kami [nelayan] sangat tidak menentu; kami tidak pasti apa yang akan berlaku esok hari. Zionis serang kami setiap hari, rampas bot kami, tembak kami…. Sejak 2005 saya merasa sakit di bahagian dada selepas diserang, dan adik saya juga cedera dalam serangan ketika belayar pada tahun 2008. Saya bertanggunjawab menyara 21 orang ahli keluarga saya…. Sekarang tidak ada siapa yang menyara kami, kerana saya masih cedera dan mereka rampas bot dan motor kami. Macamana saya hendak bekerja tanpa bot?”

Kira-kira 50,000 penduduk Gaza bergantung kepada industri perikanan. Dengan sekatan zon tangkapan ikan, ancaman tentera laut Zionis dan kekangan kewangan untuk menampung kos peralatan dan minyak, kehidupan nelayan Gaza semakin tertekan. Sejak disekat oleh rejim Zionis 10 tahun lalu, bilangan nelayan Gaza jatuh dengan ketara dari 10,000 kepada 4,000 orang.

Sala satu serpihan peluru dari kaki Rajab
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts