Ringkasan

Tentera Zionis Tingkat Operasi Mencari Remaja Hilang

missingAL-KHALIL, 14 Jun 2014 — Tentera Zionis meluaskan kawasan operasi mencari tiga orang askar mereka yang dilaporkan hilang di Al-Khalil. Seramai 2000 askar telah dikerahkan ke kawasan selatan Tebing Barat itu.

Tentera dilaporkan memasuki kawasan Beer al-Mahjar, Ein Sara, Nimra dan Ras al-Joura di selatan Al-Khalil dan memeriksa rumah-rumah sambil cuba mengesan maklumat tentang tiga remaja peneroka Yahudi yang hilang Khamis lalu. Penduduk bertindak menghalang operasi tentera di situ dengan membakar tayar dan membaling batu. Tujuk lelaki dan dua wanita penduduk Palestin ditahan.

Tiga remaja peneroka Yahudi dikatakan menaiki kereta dari Gush Etzion di selatan Bethlehem menuju ke Al-Quds, tetapi tidak sampai ke destinasi mereka. Tentera Zionis mengerahkan operasi mencari dengan menceroboh masuk ke dalam rumah dan kedai serta merampas kamera-kamera keselamatan.

missing3Tentera juga dikerahkan berjaga di jalan utama berdekatan kem pelarian al-Fawwar di selatan Al-Khalil dan membina beberapa sekatan jalanraya.

Sumber rasmi bahagian keselamatan Palestinian Authority berkata sebuah kereta ditemui terbakar Khamis lalu dan mereka percaya kenderaan tersebut ada kaitan dengan kehilangan remaja Yahudi tersebut. Tentera Zionis telah memeriksa kawasan sekitar kejadian dan memindah beberapa objek dari situ. Penduduk Palestin dihalang mendekati kawasan kejadian.

Jurucakap Perdana Menteri Zionis, Ofir Gendelman, berpendirian bahawa Palestinian Authority bertanggungjawab di atas kehilangan tiga peneroka Yahudi itu.

—–

Sumber : Ma’an News Agency

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts