Tentera Zionis tingkatkan tekanan ke atas keluarga murabitun al-Aqsa

AL-QUDS, 24 Mei 2016 (PIc) — Tentera penjajah Zionis terus memberi tekanan ke atas para murabitun (penjaga) Masjid al-Aqsa dengan memecah masuk dan menggeledah rumah mereka, di samping mengarahkan mereka hadir untuk disoal siasat, menghalang mereka daripada keluar daerah dan juga mengusir mereka dari tapak suci umat Islam itu untuk tempoh tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, warga emas Ali Abu Esbaitan bersama isterinya sekali lagi diperintah hadir ke pusat tahanan al-Maskoubiya di barat al-Quds untuk disoal siasat. Abu Esbaitan ditangkap di rumahnya Ahad lalu, kemudian dibebaskan beberapa jam kemudian.

Tentera Zionis turut memecah masuk rumah Hanadi Halawani di Wadi al-Joze dan juga mengarahkan beliau hadir untuk disoal siasat di al-Maskoubiya.

Rumah Jamal Amer di bandar Silwan turut dipecah masuk untuk menyerahkan notis mengharamkan beliau dan isterinya Zeina keluar daerah. Pasangan Palestin ini merupakan aktivis dalam hal ehwal al-Quds dan telah dikenakan larangan keluar negara selama tujuh bulan selepas dituduh terlibat dengan aktiviti yang dikaitkan dengan Hamas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts