RAMALLAH, 14 Feb 2018 — Tentera Zionis menuntut kos kerosakan ke atas jip mereka yang terlibat dalam kes melanggar remaja Abdullah Ghneimat sehingga meninggal dunia.

Mereka menuntut kos sebanyak $US28,000 dari keluarga Abdullah.

Insiden tersebut berlaku pada jam 4:00 pagi, 14 Jun 2015, ketika Abdullah sedang berjalan pulang ke rumah dari tempat kerja beliau di bandar Kufr Maleh, di timur laut Ramallah. Sebuah jip tentera terbalik ketika meronda di kawasan tersebut, yang menghempap Abdullah. Abdullah yang terperangkap di bawah jip tersebut dibiarkan cedera dan berdarah selama lebih tiga jam tanpa sebarang bantuan, sehinggalah beliau meninggal dunia.

Kementerian Perang Zionis menuduh Abdullah telah membaling bom Molotov ke arah kenderaan tersebut, sekaligus memberi kekebalan kepada pihak tentera daripada tuduhan membunuh.

(MEMO)

SHARE