Tentera Zionis tutup kedai buku berdekatan universiti di al-Khalil

AL-KHALIL, 17 Apr 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menyerbu masuk kawasan Wadi Harba di al-Khalil sebelum waktu Subuh pagi tadi dan menyita dua buah kedai buku berdekatan Universiti al-Khalil dan Universiti Politeknik Palestin awal pagi tadi, atas dakwaan menghasut.

Kedai buku Muhammad berdekatan Universiti al-Khalil dan kedai buku Hussam berdekatan Universiti Politeknik Palestin disita dan ditampal dengan nota yang mendakwa mereka terlibat dengan hasutan “serangan pengganas” termasuk mencetak bahan untuk pertubuhan Hamas.

Tentera turut mengugut pemilik kedai di kawasan tersebut dengan tindakan yang sama sekiranya mereka meneruskan hasutan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts