BAITULMAQDIS, 8 Mei 2019 — Ketika penduduk Palestin di bandar Silwan sibuk bersiap untuk berbuka puasa petang semalam, tentera dan polis Zionis menutup Jalan Wadi Hilweh serta beberapa jalan lain menuju ke Masjid al-Aqsa.

Jalan yang terletak di selatan Masjdi al-Aqsa itu ditutup tanpa sebarang amaran dan penduduk Palestin dilarang melaluinya. Tindakan tersebut menyebabkan penduduk yang menuju ke masjid atau pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalulintas, ketika azan Maghrib mula berkumandang.

Mereka turut menutup Jalan al-‘Ein dan Jalan Bab al-Magharba ketika penduduk menuju ke Masjid alAqsa, beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib.

(IMEMC)

SHARE