Tentera Zionis tutup laluan ke bandar-bandar di al-Khalil dan Ramallah

RAMALLAH, 4 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menutup laluan utama ke beberapa buah bandar Palestin di al-Khalil dan Ramallah tengahari tadi.

Semua laluan utama ke bandar Dura di barat al-Khalil ditutup dengan bongkah-bongkah simen dan timbunan tanah, manakala laluan ke bandar-bandar berdekatan turut ditutup.

Laluan ke bandar al-Jania dan Silwad di Ramallah juga ditutup, sekaligus menyekat pergerakan penduduk di kedua-dua arah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts