Tentera Zionis tutup laluan ke Masafer Yatta di al-Khalil

AL-KHALIL, 15 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menutup laluan ke beberapa buah perkampungan di timur bandar Yatta di selatan wilayah al-Khalil.

Mereka membina timbunan tanah di atas jalan yang menghubungkan perkampungan-perkampungan Khirbat Shu’ab al-Batim dan Ma’in dengan perkampungan Masafer Yatta.

Penduduk telah beberapa kali membuang halangan serta membaiki jalan tersebut, selepas dirosakkan oleh tentera. Tentera Zionis berulang kali mengganggu penduduk Palestin di situ untuk meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi.

Hampir keseluruhan Masafer Yatta termasuk dalam Kawasan C, iaitu 62% daripada wilayah Tebing Barat yang dikuasai sepenuhnya oleh tentera Zionis sejak Perjanjian Oslo 1993.

Sekitar 1970-an, rejim Zionis menghalau penduduk Palestin keluar dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera. Selepas proses perundangan yang sangat penjang, penduduk Palestin dibenarkan kembali ke situ. Namun mereka terdedah kepada ancaman berterusan dari pihak tentera.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts