Tentera Zionis tutup sekatan di Beit Einun

AL-KHALIL, 12 Apr 2017 (PIC) — Tentera Zionis hari ini menutup kedua-dua arah sekatan jalan Beit Einun yang terletak di laluan masuk ke bandar Sa’ir dan al-Syuyukh di timur laut al-Khalil bersempena perayaan Paskah Yahudi.

Beit Einun merupakan laluan keluar utama bagi kenderaan awam dan perdagangan dari kedua-dua bandar tersebut. Sekatan tersebut menyaksikan beberapa insiden pembunuhan pemuda Palestin dari Sa’ir dan al-Syuyukh sebelum ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts