NABLUS, 11 Jan 2016 (WAFA) — Tentera penjajah Zionis semalam menutup sepenuhnya sebuah sekatan pemeriksaan utama di Huwara yang menghubungkan Nablus, di utara Tebing Barat, dan Ramallah, di tengah Tebing Barat.

Tindakan menutup sekatan Huwara yang dibuat secara tiba-tiba itu menyebabkan penduduk yang ingin memasuki Nablus, atau keluar ke Ramallah, tersekat selama lebih dua jam.

Sekatan pergerakan ke atas penduduk dan pemisahan daerah-daerah di Tebing Barat membawa kesan ke atas ekonomi dan sosial penduduk Palestin, termasuk kekangan ke atas mereka undtuk mendapatkan rawatan perubatan dan juga pendidikan.

SHARE