Tentera Zionis tutup sekolah Palestin di Nablus

NABLUS, 14 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis menutup Sekolah Menengah al-Lubban al-Sawiya di selatan kota Nablus mulai pagi Isnin 15 Oktober, kononnya sebagai hukuman ke atas para pelajar yang membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi.

Tentera tidak menetapkan berapa lama sekolah tersebut akan ditutup.

Sekolah yang terletak di laluan utama Ramallah-Nablus itu merupakan satu-satunya institusi pendidikan untuk kanak-kanak di perkampungan al-Lubban dan al-Sawiya di Nablus. Lebih 500 pelajar menuntut di situ.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts