Tentera Zionis tutup semula semua laluan ke bandar Qabalan di Nablus

NABLUS, 14 Mac 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis petang semalam menutup semula semua laluan masuk ke bandar Qabala di tenggara Nablus, dalam keadaan tentera dikerahkan secara besar-besaran di kawasan sekitar.

Tentera Zionis menutup jalan-jalan dengan timbunan tanah dan batu, apabila penduduk tempatan membuang sebahagian sekatan jalan yang dibina oleh tentera sebelum ini bagi memberi laluan kepada kenderaan penduduk.

Tentera turut membina sekatan di kawasan berdekatan sehingga menyukarkan penduduk untuk memasuki atau meninggalkan perkampungan Yatma, Talfit, Jalud dan Qaryout.

Awal pagi Sabtu lalu, tentera Zionis menyerbu masuk beberapa buah rumah di bandar Qabalan dan menyoal siasat penduduk. Semua jalan ke bandar Qabalan ditutup sebagai hukuman kepada penduduknya, kerana pihak tentera mengesyaki penyerang dalam insiden menikam Yahudi di al-Quds Sabtu lalu berasal dari situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts