Tentera Zionis usir bakal pengantin

AL-QUDS, 30 Mei 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis memutuskan untuk mengusir pemuda Palestin Kareem Faysal Abu Khdheir ke Amerika berikutan tamatnya hukuman penjara ke atas beliau hari ini.

Rabu lalu, rejim Zionis menolak rayuan Kareem untuk membatalkan arahan pengusiran tersebut supaya beliau boleh melangsungkan perkahwinannya.

Pemuda dari kem pelarian Shu’fat itu ditangkap pada 5 September lalu dalam satu pertempuran dengan tentera penjajah. Sebelum ditangkap, beliau dibelasah sehingga cedera parah di bahagian dada, muka dan geraham. Tahanan ke atas belai dilanjutkan beberapa kali walaupun keadaan kesihatannya merosot.

Beberapa sesi perbicaraan di Mahkamah Majistret Zionis sepanjang empat bulan lalu menyaksikan pemuda berstatus warganegara Amerika itu dikecam kerana terlibat dalam demonstrasi di al-Quds, dan beliau dikenakan hukuman penjara selama sembilan bulan serta denda sebanyak 8,000 shekel.

Kareem dilahirkan dan dibesarkan di Amerika sejak 2 Oktober 1983. Beliau berkunjung ke Palestin pada 28 Ogos 2015 buat pertama kali, untuk melangsungkan perkahwinan.

Beliau ditahan di penjara Negev selama sembilan bulan atas tuduhan menentang tentera ketika menahan beliau, menyerang pengawal sempadan Zionis dan menyertai demonstrasi anti penjajahan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts