BEIT LAHM, 19 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis mengeluarkan arahan mengusir keluarga Mohammad Dadou keluar tinggalkan rumah dan tanah mereka di bandar al-Khader di selatan Beit Lahm, dengan mendakwa tanah tersebut sebagai “harta negara.”

Beberapa tahun sebelum ini, tanah seluas satu hektar itu telah berjaya dituntut semula oleh keluarga Dadou setelah pendatang-pendatang Yahudi menceroboh dan menanam anggur serta membina saliran air di situ.

Keluarga Dadou diberi tempoh selama 24 jam untuk membuat rayuan di mahkamah Zionis.

(PIC)

SHARE