Ringkasan

Terjemahan risalah yang digugurkan ke bumi Rafah

leaflet_3_-_11th_jan-small
Risalah yang digugurkan ke bumi Rafah

Tengah hari tadi saya melihat gugusan risalah digugurkan dari udara di sekitar Rafah. Kanak-kanak berkejaran mendapatkan kertas-kertas yang bertaburan ditiup angin dan memberikan kepada saya satu salinan. Terjemahan risalah yang digugurkan hari ini seperti ini di bawah;

Risalah yang digugurkan pada 11 Januari 2009:

Kepada Penduduk Rafah,
Ekoran tindakan Hamas menggunakan rumah-rumah kalian untuk menyeludup dan menyimpan persenjataan, maka Israeli Defence Force (IDF) akan menyerang pengganas [sic], terowong dan bangunan yang mempunyai terowong di bawahnya di kawasan antara Sea Street dan perbatasan Mesir.

Kepada semua penduduk di penempatan berikut: Kem Al Shaoot, Kem Yibna, Blok O, Kem Al Brazil, Kawasan Al Shara, Kawasan Qishta, Penempatan Hi Salam.

Kepada mereka yang belum mengosongkan rumah-rumah anda, kesemua rumah di sekitar Sea Street mestilah dikosongkan segera dari saat kalian menerima risalah ini sehingga satu jangka masa yang tidak ditetapkan. Ikut arahan ini demi keselamatan kalian.

Kepimpinan IDF

Para penduduk melaporkan risalah-risalah digugurkan di sekitar Rafah dalam kuantiti yang banyak oleh kapal terbang Israel mengumumkan Israel akan meningkatkan serangan.

Risalah yang digugurkan pada 10 Januari 2009

Kepada penduduk Semenanjung Gaza,

IDF mengedarkan risalah-risalah di Rafah beberapa hari yang lalu, memberi amaran kepada penduduk tentang operasi ketenteraan dalam masa terdekat dan memberitahu mereka agar mengosongkan rumah-rumah mereka demi keselamatan mereka sendiri.

Tindakan mengikut arahan daripada IDF akan menghalang kecederaan orang awam yang tidak terlibat di dalam perlawanan.

Dalam masa terdekat, IDF akan meningkatkan intensiti operasi terhadap terowong, gudang penyimpan senjata dan pengganas [sic] di seluruh Semenanjung Gaza.

Demi keselamatan kamu dan keluarga kamu, kamu diminta untuk tidak berada berhampiran dengan pengganas [sic] dan gudang penyimpanan senjata dan tempat perlawanan dan tempat-tempat di mana mereka berada.

IDF menyeru kamu semua mengikut arahan-arahan yang disampaikan kepada kamu dengan apa cara sekalipun.

Kepimpinan IDF

[Sunshine]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts