Terkini: 26 penduduk Gaza maut dalam serangan tentera Zionis

GAZA, 6 Mei 2019 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan seramai 26 penduduk awam Palestin telah meninggal dunia dan 154 yang lain tercedera dalam serangan tentera penjajah Zionis yang masih berterusan sejak Sabtu lalu.

Manakala empat orang penduduk negara haram Zionis maut dan lebih 130 yang lain tercedera.

Jet-jet dan kapal-kapal perang tentera Zionis hari ini melancarkan kira-kira 295 serangan, dengan menyasarkan rumah dan kawasan penduduk awam Gaza. Sementara kumpulan pejuang Palestin melepaskan puluhan tembakan roket ke arah kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan sempadan.

Menurut kementerian, mereka yang terkorban termasuklah tiga wanita, dua daripada mereka sedang hamil, dan tiga orang bayi.

Awal pagi tadi, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mengarahkan tenteranya supaya meneruskan serangan intensif serta menghantar pasukan tambahan ke kawasan sempadan Gaza.

Lebih 320 kemudahan awam menjadi sasaran mereka, termasuk bangunan kediaman, masjid, universiti, sekolah, kedai dan pejabat media. Sebanyak 18 buah bangunan dan 10 buah rumah hancur sama sekali.

Berikut adalah senarai korban terkini:

  1. Imad Muhammad Nasir, 22, utara Gaza.
  2. Saba Mahmoud Abu A’rar, 14 bulan, timur Gaza.
  3. Falestine Saleh Abu A’rar, 37, timur Gaza.
  4. Bayi dalam kandungan Falestine, “Abdullah Abu A’rar”.
  5. Khaled Mohammed Abu Qliq, 25, utara Gaza.
  6. Mahmoud Subhi Isa, 26, tengah Gaza.
  7. Fawzi Abrd ElHamid Bwadi, 24, tengah Gaza.
  8. Bilal Mohammed al-Banna, timur Shujaiya.
  9. Abdullah Abu al-Atta, timur Shujaiya.
  10. Hamid Ahmed Abdul-Khudri, 34, tengah Gaza.
  11. Mohamad abu-Aramana, 30, kem pelarian Al-Buriej.
  12. Mahmoud abu-Aramana, 27, kem pelarian Al-Buriej.
  13. Musa Hussein Moa’amer, 24, Rafah.
  14. Fadi Ragheb Badran, 31, utara Gaza.
  15. Abd al-Rahim Al-Madhoun, 22.
  16. Amani Al-Madhoun, 33, utara Gaza.
  17. Ayman al-Madhoun, bayi dalam kandungan Amani.
  18. Ali’ Abd al-Jawad, 51, Rafah.
  19. Maria Ahmed Ramadan Al-Ghazali, 4 bulan.
  20. Ahmed Ramadan Ragab Al-Ghazali, 31, utara Gaza.
  21. Iman Abdullah Musa Osrof, 30, utara Gaza.
  22. Abed El-Raheem Mostafa Taha Al-mahoun, utara Gaza.
  23. Hani Hamdan Abu Sha’ar, 37, Rafah
  24. Abed El-Rahman Talal Atia,12, utara Gaza.
  25. Iyad al-Shreehi, 34, Deir al-Balah di selatan Kota Gaza.
  26. Jamal al-Masri, utara Gaza.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts