Terkini: Polis Israel Mengganas, Ramai warga Palestin Di Tangkap di Masjid Al-Aqsa

Sheikh Kamal Al-Khatib
Sheikh Kamal Al-Khatib

5 Okt – Pada Ahad (4 Okt) lepas, Sheikh Kamal Al-Khatib, wakil ketua Gerakan Islam di tanah suci yang diduduki Israel semenjak tahun 1948 itu menyatakan  bahawa sejumlah besar polis Israel telah menangkap dan menyerang puluhan warga Palestin di pintu gerbang Al-Asbat sehingga menyebabkan ramai warga awam yang tercedera.

Syeikh Khatib, yang juga diserang oleh polis Israel pagi ini, menjelaskan selama wawancara melalui telefon bersama  Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa ratusan warga Palestin pada malam terakhir kelmarin telah berusaha menuju Masjid Al-Aqsa untuk memasuki ke dalam masjit suci itu untuk menggagalkan setiap usaha jahat kelompok-kelompok Yahudi ekstremis yang ingin menduduki masjid itu.

Beliau menambah lagi bahawa polis Israel mendirikan penghalang jalan di pintu masuk Haifa, Nazaret dan Umm Al-Fahm untuk menghalang masuknya rakyat Palestin.

Aktivis Palestin mencatatkan bahawa kelompok-kelompok pemuda Palestin berhasil menghampiri gerbang Al-Asbat di mana terdapat kehadiran ramai polis Israel mengawal di situ.

Para aktivis menegaskan bahawa tindakan polis menyerang warga Palestin itu menunjukkan sikap ketidakadilan mereka. Ini kerana mereka telah memberi kesempatan kepada pemukim Israel berkumpul di luar Masjid dan menyerbu Masjid al-Aqsa melalui pintu gerbang Al-Maghariba.

Hal ini jelas menimbulkan amarah di dada setiap Muslim Palestin dan mendorong mereka untuk menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dari serangan pemukin Yahudi ekstrimis. (mirzah/pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts