Tiga pemuda Palestin dibunuh dalam insiden berasingan


AL-QUDS, 9 Mac 2016 (Maan) — Tiga penduduk Palestin terkorban dalam tiga insiden berasingan di Al-Quds Timur, Tel Aviv dan Jaffa dalam tempoh kurang dua jam semalam, sekaligus membunuh seorang pelancong Yahudi dan mencederakan 13 yang lain.

Dalam kejadian di Jaffa, pemuda Palestin Bashar Masalha, 22 tahun, dari perkampungan Hajja di Qalqiliya dilaporkan menikam enam orang berdekatan pelabuhan dan kawasan pejalan kaki. Salah seorang mangsa tikaman, yang merupakan seorang pelancong Amerika, mati akibat kecederaan. Pemuda Palestin terbabit ditembak mati ketika cuba meninggalkan tempat kejadian.

Di Tel Aviv, pemuda Abd al-Rahman Radad, 17 tahun, dari perkampungan al-Zaeiya di Salfit dituduh menikam seorang Yahudi ultra-ortodoks di kawasan penempatan haram Petah Tikva. Beliau meninggal dunia ditempat kejadian setelah dibiarkan berdarah tanpa sebarang bantuan sambil diherdik oleh penduduk Yahudi yang berada di tempat kejadian.

Beberapa minit selepas kejadian di Petah Tikva, seorang lagi pemuda Palestin Fouad Abu Rajab al-Tamimi, 25 tahun, dari Isawiya ditembak mati selepas beliau melepaskan tembakan ke arah pasukan polis Zionis di Jalan Salah al-Din di al-Quds Timur. Dua orang polis Zionis cedera terkana tembakan di bahagian kepala.

Sejak bermulanya Intifadah al-Quds, seramai 194 penduduk Palestin telah dibunuh oleh tentera Zionis atau pendatang Yahudi, termasuk 44 orang kanak-kanak dan enam wanita.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts