Tiga penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak, ditembak di Bayt Lahm

BAYT LAHM, 3 Jan 2016 (IMEMC) — Tiga penduduk Palestin cedera ditembak oleh tentera penjajah Zionis dalam pertempuran yang tercetus di kem pelarian Dheishe di selatan Bayt Lahm.

Sekumpulan besar tentera Zionis menceroboh masuk dan dikerahkan ke seluruh kawasan kem tersebut, sambil melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas pemedih mata.

Menurut kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin, dua pemuda Palestin yang belum dikenal pasti telah cedera ditembak di bahagian badan dan peha dengan peluru hidup. Manakala seorang kanak-kanak cedera ditembak dengan peluru dum-dum, iaitu sejenis peluru yang terhenti dan meletup di badan mangsa, di bahagian kakinya sehingga beliau terpaksa menjalani rawatan pembedahan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts