Tiga rumah penduduk Palestin dimusnahkan di al-Quds Timur

AL-QUDS, 27 Sep 2016 (Maan) — Seramai 16 penduduk Palestin di kejiranan al-Tur di al-Quds Timur kehilangan tempat tinggal apabila pihak perbandaran Zionis merobohkan dua bangunan kediaman mereka awal pagi tadi.

Tentera Zionis tiba pada jam 3:00 pagi dan memaksa keluarga tiga beradik Taysir, Jasir, dan Ahmad Abu al-Hawa mengosongkan apartmen mereka tanpa dibenarkan membawa keluar barangan.

Mereka sebelum ini telah membayar denda sebanyak 280,000 shekel (RM305,820) kepada pihak perbandaran atas kesalahan membina bangunan terbabit tanpa kebenaran.

Mereka juga telah berjaya mendapatkan arahan penangguhan meroboh untuk tempoh selama enam bulan, di mana kes tersebut sepatutnya dibicarakan pada pagi ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts