Ringkasan

Sikap Membisu Obama Menjemput Kemusnahan

Datuk Bandar Sderot, Eli Moyal menyerahkan t-shirt kepada Barack Obama sambil disaksikan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak (kiri) sejurus selepas memeriksa roket buatan Palestin semasa lawatannya ke Bandar di selatan Israel itu pada tahun lepas.
Datuk Bandar Sderot, Eli Moyal menyerahkan t-shirt kepada Barack Obama sambil disaksikan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak (kiri) sejurus selepas memeriksa roket buatan Palestin semasa lawatannya ke Bandar di selatan Israel itu pada tahun lepas.

“Saya merayu Presiden Obama agar mengatakan sesuatu tentang krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat di Gaza kini, tolong.” Bekas ahli kongres Georgia, Cynthia McKinney membuat kenyataan ini di pelabuhan Lebonan, Tyre ini selepas turun dari kapal, SS Dignity yang rosak teruk.

obama1Kapal kecil yang membawa McKinney, calon presiden “Green Party” (Republican) yang lepas, sukarelawan dan beberapa tan bekalan perubatan, dalam perjalanan menghampiri perairan Gaza apabila ia telah dilanggar oleh sebuah kapal Israel.

Sementara lebih daripada 2,400 rakyat Palestin telah dibunuh dan cedera—kebanyakkannya orang awam yang tidah berdosa—sejak Israel memulakan serangan ke atas Gaza pada 27 Disember, Obama masih terus membisu. “Hanya ada seorang Presiden pada satu masa,” kata jurucakapnya kepada pihak media. Walaubagaimanapun, alasan ini tidak pula digunakan apabila beliau lantang bersuara dalam isu ekonomi, atau apabila beliau mengutuk “serangan terancang ke atas orang awam yang tidak berdosa” di Mumbai pada bulan November lepas.

Serangan Mumbai memang terang-terangan kes serangan ke atas orang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, situasi di Timur Tengah dilihat sebagai lebih komplikated dan disebabkan itu, ada pihak yang berpendapat bahawa  kebisuaan Obama bukanlah bertujuan untuk membenarkan tidak tanduk Israel tetapi ia merupakan tidakan bertanggungjawab seorang ketua negara.

Sebenarnya bukan sukar untuk mengutuk pembunuhan orang awam oleh Israel dan serangan bom ke atas tempat-tempat  awam termasuk ratusan rumah kediaman, universiti, sekolah, masjid, stesen polis dan kementerian serta bangunan yang menempatkan satu-satunya Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat.

Sepatutnya ia bukanlah terlalu berisiko jika polisi antarabangsa US mengeluarkan kenyataan bahawa Israel, di bawah Konvensyen Geneva yang Ke-4, bertanggungjawab untuk memberhentikan sekatan ke atas bantuan bekalan makanan, minyak, peralatan perubatan dan keperluan asas yang lain dari sampai ke Gaza.

Akan tetapi, dari kaca mata dunia politik Amerika, Israel dengan tentera berkuasanya yang bertaraf ‘kelas pertama’ merupakan mangsa, dan Gaza, bandar yang menempatkan 1.5 milion penduduk, separuh daripadanya kanan-kanan dan lapan peratus pelarian—merupakan penyerang yang boleh dilayan dengan kekerasan dan tanpa belas kasihan.

obama2Walaupun tidak mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media, Obama sebenarnya telahpun menggambarkan pendiriannya; penasihat senior David Axelrod memberitahu CBS pada 28 Disember bahawa Obama memahami keperluan Israel untuk “membalas” serangan ke atas rakyatnya. Axelrod mendakwa bahawa “situasi ini telah menjadi lebih komplikated sejak beberapa hari dan minggu yang lalu apabila Hamas memulakan serangan dan Israel membalas.”

Genjatan senjata yang cuba dipatuhi oleh Hamas hancur apabila Israel menyerang Gaza, membunuh 6 orang rakyat Palestin, seperti yang dilaporkan oleh “The Guardian” pada 5 November. Kenyataan- kenyataan yang sering diputar belit, nampaknya tidak akan meninggalkan Rumah Putih dengan “pemergian” George W. Bush pada 20 Januari.

Axelrod juga mengenang kembali lawatan Obama ke Israel Julai lepas apabila beliau tidak mengendahkan rakyat palestin dan membuat lawatan ke Bandar Israel, Sderot. Di sana, Obama telah berkata: “Jika ada orang yang mengebom rumah saya pada waktu malam sewaktu 2 anak perempuan saya sedang tidur, saya akan buat segala yang termampu untuk menghalang mereka. Saya percaya rakyat Israel juga akan melakukan perkara yang sama.”

Hal ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Walaupun ramai yang berharap bahawa Obama akan menghentikan sikap Amerika yang pro-Israel, pendekatannya tidak banyak berbeza dengan pentadbiran Bush.

Bersama-sama dengan Tony Blair dan George W. Bush, Obama menyokong kuat perang Israel ke atas Lebanon pada Julai-Ogos 2006, di mana Israel mengebom kawasan orang awam, dan membunuh lebih daripada 1,000 orang.

Komen Obama di Sderot menggambarkan kenyataannya di AIPAC, ketika melobi di hadapan golongan pro-Israel pada Mac 2007 di mana beliau mengenang kembali lawatannya ke Bandar Israel, Kiryat Shmona berdekatan sempadan Lebanon yang mengingatkannya kepada bandar kecil lain di Amerika. Di situ, beliau dapat membayangkan anak-anak Israel bermain riang sepert anak-anak perempuannya. Beliau juga melawat sebuah rumah penduduk Israel yang telah rosak akibat diserang roket yang dilancarkan Hizbullah (tiada sesiapa yang tercedera dalam insiden tersebut)

Obama dilihat sering menyamakan kedua anak perempuannya dengan kanak-kanak Israel, tetapi tidak pernah sekalipun membuat kenyataan berhubung ribuan kanak-kanak Palestin dan Lebonan yang dibunuh dan cedera parah akibat serangan Israel sejak 2006. Presiden Amerika ini yang dikatakan “post-racial” sebenarnya menjunjung pandangan bersifat perkauman yang menggangap nyawa bangsa Arab lebih rendah nilainya berbanding nyawa bangsa Israel dan bangsa Arab itu “pengganas”.

Permasalahan ini bukan hanya melibatkan Obama kerana rakyat Amerika Liberal secara umumnya tanpa rasa bersalah menyokong Israel. Ahli tertinggi parti Demokrat yang dikatakan “progresif” antaranya Speaker Rumah Nancy Pelosi, Pengerusi Komitee Perhubungan Antarabangsa Howard Berman, dan Senator New York Charles Schumer, menawarkan sokongan tidak berbelah bahagi buat serangan Israel di Gaza, sambil menyifatkan ia tindakan “mempertahankan diri”.

Lagi seorang Hillary Clinton, yang bakal menjadi setiausaha Negara dan merupakan simbol wanita berkerjaya di Amerika, yang tidak akan membenarkan sesiapa membantah sikap anti-Palestinnya.

obama3Para Democrat bukan sahaja tidak menghiraukan rakyat Palestin malah dalam pilihanraya presiden Amerika baru-baru ini, dalam usaha memancing undi di “swing states” (negeri di mana tiada calon atau parti yang dominan dan kedua-dua calon mempunyai peluang sama rata untuk menang) seperti Florida mereka sanggup merendah-rendahkan rakyat Palestin khususnya serta bangsa Arab dan Muslim umumnya. Kebanyakkan ‘liberals’ mengetahui bahawa ia salah tetapi sanggup melakukannya semata-mata dapat melihat seorang ‘Democrat’ menjadi presiden.

Hinggakan mereka yang berhaluan kiri pun menerima logik dan alasan Israel. Editor “The Progressive”, telah mengkritik serangan Israel ke atas Gaza sebagai “reckless” (tidak berhati-hati) dan “disproportionate response” (balasan tidak sama rata) kepada serangan roket Hamas yang dikatakannya “immoral” (tidak bermoral). Terdapat lebih ramai lagi yang tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengutuk “penjajahan” Israel seperti boicot, menghentikan pelaburan dan sekatan ekonomi tetapi sangat cepat mengkritik usaha Palestin—tidak kira kesan dan simboliknya—untuk melawan serangan Israel yang tiada henti.

Kita juga boleh menjangka bahawa para profesor universiti di Amerika yang telah terang-terangan mengutuk boikot akademik ke atas Israel atas alasan untuk melindungi “kebebasan akademik” akan berdiam diri tentang pengeboman Universiti Islam Gaza seperti mana mereka telah berdiam diri terhadap serangan-serangan lain ke atas institusi akademik Palestin.

Memang tiada kebaikan langsung dari serangan Israel ke atas Gaza, tetapi sekurang-kurangnya ia patut mengejutkan kita dari mimpi dan menjadi pengajaran: bahawa apabila ia melibatkan pergelutan untuk keamanan dan keadilan di Palestin, golongan elit dan liberal Amerika yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan merupakan halangan besar sepertimana pentadbiran Bush dan golongan ‘neoconservative”.

————

Ali Abunimah, The Electronic Intifada, 2 Januari 2009.

Ali Abunimah ialah pengasas “The Electronic Intifada” dan juga  penulis buku “One Country: A Bold Proposal to End the Israeli-Palestinian Impasse” (Metropolitan Books, 2006). Cetakan pertam artikel ini telah dikeluarkan di dalam “The Guardian, Comment is Free” dan ulang cetak ini telah medapat kebenaran dari penulis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts