Tragedi Mavi Marmara: Turki Tolak Tawaran Pampasan Israel

Zionis Israel membuat tawaran akan membayar USD 1 juta sebagai pampasan kepada setiap syuhada Mavi Marmara yang berasal dari Turki yang terbunuh akibat serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa. Namun tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh Turki. Turki tetap mendesak Zionis Israel untuk meminta maaf secara rasmi, dan tidak cukup sekadar membayar pampasan semata.

Akhbar Zionis Israel Yediot Aharonot melaporkan bahawa Israel juga menunjukkan kesediaannya untuk melipatgandakan pampasan sebagai ganti dari permintaan maafnya.

Akhbar Haaretz pula melaporkan bahawa ada tanda-tanda ketegangan baru antara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman. Akhbar tersebut menyebutkan bahawa ketegangan tersebut disebabkan kerana Netanyahu lebih cenderung untuk meminta maaf kepada Turki, sedangkan Lieberman menentang keras untuk meminta maaf.

Turki telah memberikan kesempatan kepada Zionis Israel untuk meminta maaf secara rasmi dengan segera setelah pengusiran Duta Besar Israel di Turki.
(ism/akh/ara/hd/em)


LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts