Undang-Undang Baharu Iraq Batalkan Hak Pelarian Palestin

GENEVA, 23 Dis 2017 — Pertubuhan hak asasi Euro-Mediterranean mengecam undang-undang baharu Iraq yang membatalkan hak keistimewaan pelarian Palestin di negara tersebut serta menganggap mereka sebagai warga asing.

Sebahagian besar daripada pelarian Palestin tinggal di Iraq sejak lebih 50 tahun lalu, apabila mereka dipaksa meninggalkan tanahair oleh tentera Zionis. Sebelum ini terutamanya di era pemerintahan Saddam Huseein, mereka mendapat hak istimewa sepertimana penduduk asal Iraq.

Dengan undang-undang baharu ini pelarian Palestin tidak lagi mendapat hak pendidikan, rawatan kesihatan, dokumen perjalanan dan pekerjaan dalam institusi kerajaan. Mereka berhadapan dengan halangan yang lebih besar untuk bekerja dalam sektor swasta.

Pada tahun 2003, seramai 42,000 pelarian Palestin tinggal di Iraq. Selepas serangan Amerika, majoriti pelarian Palestin meninggalkan Iraq dan kini dianggarkan kurang dari 4,000 orang masih tinggal di negara tersebut.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts