UNESCO akhirnya terima keputusan resolusi al-Aqsa

PARIS, 18 Okt 2016 (Maan) — Hampir seminggu selepas membuat undian, UNESCO pagi ini secara sepakat menerima keputusan ke atas resolusi yang menafikan sebarang kaitan di antara Yahudi dengan Masjid al-Aqsa serta Tembok al-Burak (Tembok Ratapan) dan kawasan sekitarnya, walaupun ditekan oleh rejim Zionis.

Terdahulu, Jawatankuasa Pentadbiran UNESCO mengumumkan untuk mengadakan undian baharu ke atas resolusi telah diterima dalam undian pada hari Khamis lalu itu, apabila Mexico menukar pendirian dan mendesak supaya diadakan undian semula.

Namun Mexico memutuskan untuk tidak meneruskan desakan tersebut, sebaliknya membuat kenyataan bagi menukar pendirian sebagai pihak yang berkecuali. Bagaimanapun kenyataan mereka itu tidak akan mengubah undian yang telah dibuat.

Mexico dikatakan mendapat tekanan dari rejim Zionis dan penduduk Yahudi di negara itu supaya mengubah pendirian. Tekanan yang sama turut dialami oleh negara-negara ahli UNESCO yang lain, supaya mereka menukar pendirian dalam undian semula.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts