UNESCO: Al-Aqsa adalah tapak suci umat Islam, tiada kaitan dengan Yahudi

AL-QUDS, 19 Apr 2016 (WordlBulletin) — UNESCO enggan menarik balik pendirian mereka bahawa Al-Aqsa adalah tapak suci bagi umat Islam dan tidak ada kaitan dengan sejarah Yahudi.

11 April lalu, lembaga eksekutif UNESCO menerbitkan satu deraf resolusi bagi menamakan dua tapak utama kunjungan pelancong iaitu Masjid Ibrahimi di al-Khalil dan Masjid Bilal bin Rabah di Beit Lahm sebagai milik negara Palestin. UNESCO mengecam tindakan Zionis membuat kerja penggalian secara haram, membina laluan khusus untuk pendatang Yahudi dan membina Tembok Pemisah di al-Khalil, yang menggugat tapak-tapak bersejarah tersebut.

UNESCO turut menyalahkan rejim Zionis atas tindakan mereka menyerang tapak Masjid al-Aqsa, sekaligus menyekat kebebasan umat Islam beribadah di situ.

UNESCO juga mendesak rejim Zionis supaya tidak lagi mengharamkan jenazah orang Islam dikebumikan di kuburan mereka sendiri, di mana pihak Zionis membina kubur-kubur palsu Yahudi di atas tanah kuburan Islam bagi tujuan memalsukan fakta sejarah.

Badan PBB itu turut mengkritik sekatan berterusan yang dikenakan ke atas penduduk Gaza serta serangan ke atas institusi pendidikan dan kebudayaan di Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts