UNESCO luluskan satu lagi resolusi menafikan kaitan Yahudi dengan al-Aqsa

PARIS, 26 Okt 2016 (PIC) — UNESCO meluluskan satu lagi resolusi yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa, bertajuk “Kota Lama al-Quds dan Tembok-Temboknya,” pagi tadi.

Sebanyak 10 negara menyokong, dua membantah dan lapan yang lain berkecuali. Sementara Jamaica tidak hadir dan tidak membuat undian. Resolusi tersebut telah dicadangkan oleh Lubnan dan Tunisia bagi mewakili Jordan dan Palestin.

Antara lain, resolusi tersebut merujuk kepada al-Aqsa hanya dengan menggunakan nama Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa. Rejim Zionis merujuk kepada tapak suci itu dengan panggilan Temple Mount [Bukit Haikal] bagi mengaitkannya dengan Kuil [Haikal] Sulaiman.

Rejim Zionis mendakwa seluruh kota al-Quds sebagai ibukotanya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts