UNRWA: 120,000 pelarian Palestin terpaksa tinggalkan Syria

DAMASKUS, 10 Jan 2017 (PIC) — Kempen rayuan bantuan UNRWA untuk Syria bagi tahun 2017 menyatakan lebih 120,000 pelarian Palestin yang menumpang hidup di Syria terpaksa lari menjadi pelarian kali kedua di negara lain, termasuk 31,000 orang ke Lubnan dan 16,000 yang lain ke Jordan.

Seramai 430,000 daripada anggaran 450,000 pelarian Palestin di Syria, iaitu 95%, masih bertahan di dalam negara bergolak itu dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruska kehidupan dalam suasana perang dan terkepung.

Dianggarkan seramai 43,000 pelarian terperangkan dalam kawasan yang amat sukar dimasuki seperti di kawasan kem Yarmouk, Khan Eshieh, serta Muzaireb dan Jilin di wilayah Dera’a.

UNRWA memerlukan dana bantuan kemanusiaan segera sebanyak US$ 411 juta untuk tahun 2017.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts