Usaha Damai Palestin-Israel Terhenti Lagi

2 Okt, Ramallah – Tidak akan ada perundingan langsung dengan Israel selagimana Israel terus membina penempatan haram di kawasan-kawasan pendudukan di mana Palestin berusaha untuk mendirikan sebuah negara Palestin yang berdaulat, demikian komentar jurucakap untuk Presiden Palestin, pada Sabtu (2/10) lepas.

Nabil Abu Rdainah bercakap demikian selepas meninggalkan pertemuanbersama  jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin di Ramallah.

Utusan AS, George Mitchell pada hari Jumaat (1/10) menyimpulkan perbincangan dengan para pemimpin Palestin dan Israel tanpa persetujuan tentang bagaimana untuk memastikan perundingan keamanan  terus berjalan kerana pertikaian pembangunan pemukiman Yahudi. Perbincangan tersebut telah bermula sejak sebulan yang lalu.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mendesak Israel untuk meneruskan pemberhentian pembinaan penempatan mereka, tetapi Netanyahu, koalisi yang mendokong kuat dengan pihak pro-kependudukan, menolak permintaan untuk menghentikan penempatan haram dan telah menyatakan tindakan mereka hanya untuk membina bangunan baru di kawasan yang telah diduduki.

“Tidak akan ada perundingan selagi ada usaha pendudukan haram terus berjalan,” kata Abu Rdainah.

Sekitar 500.000 orang Yahudi tinggal di kawasan-kawasan Palestin. (Reuters)



Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts