Projek Israel Raya Yahudi diteruskan…

Seorang pakar masalah pemukiman dan Ketua Pusat Peta dan Kajian Arab di Al-Quds, Khalil El-Tefakji menegaskan bahawa Israel kini sedang melakukan usaha serius kepada terminologi Al-Quds Raya sebagai satu perancangan yang pasti. Mereka akan membangunkan sebuah kota seluas 10% daripada tanah Tepi Barat.

Dalam kenyataannya kepada wartawan pada hari Rabu yang lepas, beliau menegaskan bahawa pihak Israel berusaha mencapai kepada tiga tujuan pokok, pertama; mengubah akar masalah demografi sehingga berpihak kepada kepentingan Israel, kedua; memisahkan antara wilayah utara dan selatan Tepi Barat, ketiga; menghalangi berdirinya Negara Palestin dengan ibukota Al-Quds.

Ia menjelaskan bahawa permukiman Israel yang terdiri dari pemukiman Kedaar dan Maaleh Adomim (juga disebut Adonem) dan pemukiman lainnya yang ada di sebelah utara dan timur luasnya hingga 191 km persegi. Ini bererti Israel tidak mahu wujudnya Negara Palestin berdiri dengan ibukota Al-Quds dan memiliki pertautan geografi antara utara dan selatan. Ini kerana permukiman ini akan memutuskan pertautan geografi seperti yang disebutkan.

El-Tefakji mengisyaratkan bahawa perluasan permukiman Israel tidak hanya terbatas di wilayah Tepi Barat sahaja, sebaliknya Israel akan membangunkan permukiman dan membuka jalan-jalan baru. “Israel hendak membangun 73 ribu unit bangunan warga Yahudi dalam lima tahun ke depan untuk menampung 1 juta Israel di dalam Al-Quds dan Tepi Barat,” tambah El-Tefakji. (bn-bsyr/pic/fn)


Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts