Usaha Perdamaian Israel-Palestin Tajaan Amerika Pasti Gagal Kerana Mereka Pro Israel

George Mitchell, wakil khas Amerika Syarikat (AS) ke Timur Tengah dilaporkan telah mengajukan permintaan untuk mengundurkan diri dari tugasannya. Permintaan tersebut dilontarkan Mitchell kerana merasa kecewa dengan cara-cara pemerintah Obama untuk menangani konflik Israel – Palestin, demikian dilaporkan oleh sebuah akhbar harian yang berpusat di Nazareth (an-Nasirah) pada Jumaat (27 Feb) lepas.

Hadith an-Nass melaporkan bahawa permintaan Mitchell tersebut juga berpunca dari kegagalan beliau sendiri dalam menggerakkan usaha perundingan damai di antara Israel dan Palestin. Selain daripada itu, beliau juga kecewa dengan sejumlah elemen pro Israel yang berada di  dalam  Jabatan Luar Negera AS. Menurut an-Nass, Rumah Putih telah menolak permintaan Mitchell tersebut. Namun, tidak ada pihak yang memberikan pengesahan atas laporan tersebut.

Pembincangan usaha damai dihentikan pada bulan Disember 2008 lalu apabila Israel melakukan tindakan kejam selama tiga minggu di Jalur Gaza dan mengorbankan lebih dari 1400 orang warga Palestin, dan perbincangan perundingan damai tersebut masih belum dapat dilaksanakan sehingga saat ini.

Hal itu disebabkan sikap keras kepala Israel yang tidak bersedia menghentikan pembangunan pemukiman Yahudi yang di bina secara haram di Tebing Barat dan Jerusalem Timur.

Usaha pentadbiran Barrack Obama untuk membuat kedua-dua kubu kembali ke meja perundingan setakat ini tidak berhasil, namun Clinton menyampaikan nada positif dalam tahap perkembangan usaha perundingan itu di hadapan Komite Hubungan Luar Negeri Senat AS.

Setelah tahun lalu mendesak Israel membekukan seluruh aktiviti pemukiman di atas tanah Palestin di Tebing Barat, AS kini mula menukar arah apabila mengharapkan Presiden Mahmoud Abbas melepaskan tuntutan penghentian aktiviti pemukiman sebelum melanjutkan peurundingan damai.

Clinton juga mengkritik keputusan Israel untuk memasukkan rumah-rumah suci yamh mereka dakwa iaitu Masjid Ibrahimi di Hebron dan makam Rachel (Qubbat Rakhil) di Betlehem di Tebing Barat dalam daftar “warisan budaya Israel”. Tindakan mereka juga telah mencetuskan protes di seluruh penjuru Tebing Barat dan Gaza. (dn/hz/mn/smc)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts