[Video] 18 ahli jamaah cedera diserang dalam Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 14 Ogos 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 18 ahli jamaah cedera diserang oleh pasukan keselamatan Zionis ketika ratusan pelampau Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Tiga daripada mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, termasuk ketua Persatuan Tahanan Palestin al-Quds Nasser Qawas dan anaknya. 15 yang lain dirawat oleh pasukan Persatuan Palang Merah Palestin.

Empat ahli jamaah yang lain diculik.

Serangan berlaku ketika lebih 304 fanatik Yahudi yang diiringi oleh pasukan tentera mencerpboh masuk tapak suci umat Islam itu melalui Pintu al-Maghareeba dan melalukan ritual agama mereka bagi memperingati Tisha B’av, atau apa yang mereka dakwa sebagai peristiwa pemusnahan Kuil Sulaiman.

Polis Zionis mula menegnakan sekatan ketat di sekitar kawasan Masjid al-Aqsa sejak waktu Zuhur semalam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts