[Video] Derita musim sejuk di perkampungan Gaza

GAZA, 26 Jan 2016 (PIP) — Musim sejuk kembali melanda wilayah Gaza. Penderitaan penduduk di sini semakin mencengkam, dalam keadaan mereka masih belum pulih dari kemusnahan dalam tiga serangan besar-besaran tentera Zionis sejak tahun 2006.

Rumah keluarga Ummu Abdullah Najar hancur dalam serangan pada tahun 2014. Sehingga kini beliau masih terpaksa tinggal di dalam “rumah” sementara yang dibuat dari kontenar. Sudah dua musim sejuk mereka terpaksa tinggal di situ dalam kesejukan dan pelbagai kesusahan lain.

Pusat Informasi Palestina membuat laporan bagi menggambarkan kehidupan keluarga Ummu Abdullah di Khuza’ah di wilayah Khan Younis di selatan Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts