[Video] Keluarga Tiga Generasi Bakal Dihalau Dari Al-Quds

AL-QUDS, 9 Dis 2015 (IMEU) — Rejim Zionis merancang untuk menghalau keluar Nora Sub Laban dan keluarganya dari rumah mereka di Kota Lama Al-Quds pada 14 Disember.

Rumah mereka yang terletak hanya beberapa kaki dari Masjid Al-Aqsa dan didiami sejak 1953 itu bakal diserahkan kepada sekumpulan pendatang Yahudi yang merancang untuk mewujudkan penduduk majoriti Yahudi di Al-Quds Timur.

Mereka telah dua kali berhadapan dengan cubaan tentera dan pendatang Yahudi untuk dihalau keluar.

“Rumah kami menjadi sasaran mereka kerana ianya merupakan satu-satunya milik keluarga Palestin di bangunan ini dan juga di kawasan kejiranan ini. Jika kami dihalau, Ateret Cohanim akan memiliki satu harta yang begitu besar [di dalam kawasan orang Islam] yang kini hanya diduduki oleh pendatang Yahudi,” kata anak Nora, Rafat Sub Laban. Ateret Cohanim merupakan satu kumpulan pendatang Yahudi yang berjuang untuk mengambil alih rumahnya.

Ratusan penduduk Palestin di Al-Quds Timur berhadapan dengan risiko dipaksa keluar berikutan aktiviti pendatang Yahudi di Al-Quds.

Tidak pelik sama sekali apabila sistem kehakiman Zionis, yang dimanipulasi untuk menyokong pendatang Yahudi, gagal untuk melindungi hak keluarga Nora untuk terus menetap di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts