[Video] Pegawai polis Zionis dan Yahudi pukul pekerja Palestin

BEIT LAHM, 22 Mei 2016 (Maan) — Seorang penduduk Palestin yang memegang kad pengenalan Zionis diserang dan dipukul ganas oleh beberapa orang polis sempadan Zionis dan penduduk Yahudi di luar sebuah suparmarket tempat beliau bekerja di Tel Aviv.

Kejadian berlaku ketika pekerja Palestin tersebut sedang keluar untuk membuang sampah, apabila dua orang polis berpakaian preman meminta beliau menunjukkan kad pengenalan. Apabila mangsa memaklumkan bahawa kad pengenalannya ditinggalkan dalam supermarket, beliau mula ditumbuk dan diterajang.

Sekurang-kurangnya dua lagi pegawai polis turut serta memukul mangsa, diikuti oleh beberapa penduduk Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts