[Video] Pelampau Yahudi berpesta liar dalam Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 29 Sep 2021 — Masjid Ibrahimi di Kota al-Khalil sekali lagi diserbu oleh pelampau-pelampau Yahudi untuk menyambut perayaan mereka dengan berpesta dan menari liar tanpa sedikit pun menghormati tempat suci itu, malam tadi.

Tentera Zionis menutup dan menghalang para jemaah memasuki masjid tersebut dari 6 hingga 27 September, sepertimana yang dilakukan pada setiap tahun. Hanya penganut Yahudi dibenarkan masuk sepanjang tempoh tersebut.

Puak-puak pelampau Yahudi masuk berpesta dan menari dengan iringan musik yang kuat, sementara pasukan tentera Zionis berkawal di sekatan-sekatan jalan untuk menghalang penduduk Islam masuk.

Kaum Yahudi mempercayai bahawa Nabi Ibrahim AS, dan keturunannya nabi-nabi Ishak, Yaakob dan Yusuf semua disemadikan di situ. Namun tindakan mereka sedikitpun tidak menghormati apa yang mereka dakwa itu.

(Livik)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts