[VIDEO] Pelampau Yahudi Terus Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 22 Julai 2015 (PNN) — Sekitar 45 pelampau Yahudi menceroboh masuk ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi melalui Pintu al-Maghrebi, dengan dikawal rapi oleh pasukan tentera dan unit khas polis Zionis.

Suasana tegang meningkat di dalam dan sekitar masjid berikutan pencerobohan secara provokatif pandatang Yahudi tersebut, terutama sekali selepas pertubuhan-pertubuhan yang digelar “Temple Mount” membuat seruan supaya kawasan masjid ditutup kepada orang Islam sepanjang musim perayaan memperingati hari Tisha B’Av atau “Pemusnahan Kuil.”

Ahli jemaah yang berada di kawasan masjid cuba menghalang pencerobohan mereka dengan melaungkan takbir “Allahu Akbar”.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts