[Video] Pelarian Palestin di Syria perlukan bantuan kemanusiaan segera

LONDON, 6 Jan 2016 (MEMO) — Keluarga pelarian Palestin yang masih bertahan di sekitar Damaskus memerlukan bantuan kemanusiaan segera bagi mengharungi musim sejuk yang sudah tiba.

Kumpulan Bertindak Kebangsaan Bagi Pelarian Palestin di Syria menyebut bahawa keluarga terbabit sangat memerlukan alat pemanas, walaupun hanya dalam bentuk kayu bakar, dan anak-anak mereka sangat memerlukan pakaian sejuk. “Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak telah meninggal dunia kesejukan di musim sejuk kali ini,” kata laporan kumpulan tersebut. “Kita semua bertanggunjawab ke atas kematian mereka kerana kesejukan dan kelaparan.”

Sekitar 6,000 keluarga pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal mereka di kem Yarmouk dan kem-kem lain di sekitarnya kini berlindung di daerah Qudsayya. Mereka sedang melalui tragedi akibat disekat oleh tentera rejim Syria sejak Julai lalu. “Tiada barang yang dibenarkan masuk kecuali dengan membayar rasuah kepada tentera yang mengepung mereka,” sebut laporan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts