[Video] Pemuda Palestin Dibunuh Secara Sengaja Oleh Polis Zionis

AL-QUDS, 9 Nov 2014 (IMEMC) — Kheir Eddin Hamdan, 22 tahun, seorang pemuda Palestin yang berasal dari Kafr Kanna berdekatan Galilee Selatan telah dibunuh oleh polis Zionis pada hari Jumaat lalu tanpa provokasi atau alasan yang jelas.

Dalam kenyataan awal mereka, polis Zionis menuduh Kheir Eddin telah cuba membunuh seorang pegawai polis dengan cuba menikam menggunakan sebilah pisau.

Namun kenyatan saksi dan rakaman video jelas mendedahkan bahawa Kheir Eddin di tembak mati dari jarak dekat tanpa sebarang alasan. Bahkan beliau tidak memegang apa-apa pisau dan tidak juga cuba untuk menyerang anggota polis.

Kheir Eddin marah kepada sepasukan polis yang menangkap adiknya dan menyembur gas beracun ke arah mukanya. Beliau bertindak menjerit dan mengetuk cermin kenderaan polis. Polis kemudiannya keluar dari kenderaan tersebut dan Kheir Eddin beredar lari, namun polis terus menembak beliau dari jarak dekat.

Seorang lagi ahli keluarga beliau pernah dibunuh di Kafr Kanna beberapa tahun lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts