[Video] Pendatang Yahudi serang aktivis Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 8 Mei 2016 (Maan) — Beberapa orang┬ápendatang Yahudi menyerang aktivis has asasi Palestin Emad Abu Shamsiya dan Yasser Abu Markhiya di al-Khalil.

Mereka diserang ketika merakam aksi para pelampau Yahudi tersebut membawa batang besi berdekatan rumah-rumah penduduk Palestin di Tel Rumeida, yang bersiap untuk menyerang dan menakut-nakutkan penduduk Palestin terutamanya kanak-kanak. Kedua-dua mangsa berkejar ke tempat kejadian apabila terdengar kanak-kanak menjerit.

Tentera Zionis hanya memerhatikan tindakan pendatang Yahudi tersebut memukul mangsa dan merosakkan kamera mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts