[Video] Polis Zionis Tangkap Murid Sekolah di Al-Khalil

AL-KHALIL, 8 Sept 2014 (Palsolidarity) — Polis sempadan Zionis menahan seorang kanak-kanak sekolah berumur 7 tahun dan tiga yang lain di kawasan sebuah sekolah PBB berdekatan sekatan Salaymeh pagi tadi.

Enam kanak-kanak Palestin didakwa membaling batu ke arah sekatan Zionis ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah. Beberapa minit kemudian sekumpulan polis sempadan berkejar ke arah sekolah tersebut dan kemudiannya melontar dua stun grenades serta menembak dua bedilan gas pemedih mata ke arah kanak-kanak yang berada di luar pagar sekolah.

Pasukan polis tersebut kemudiannya menangkap Yousef Hajajreh, 12 tahun, dan membawa lari kanak-kanak tersebut dengan sebuah kereta polis. Oday Rajabi, 7 tahun, yang sedang dalam perjalanan ke sekolah turut diheret dan ditahan selama hampir satu jam.

Usaha penduduk Palestin, guru dan aktivis International Solidarity Movement (ISM) untuk menghalang kanak-kanak tersebut daripada ditangkap menyebabkan mereka turut dikasari oleh polis. Abd al-Aziz Hmad Rjob, seorang guru di sekolah tersebut turut ditahan apabila beliau cuba membantu kanak-kanak terbabit. Seorang lagi pekerja sekolah tersebut, Malak Salaymeh, 18 tahun, turut ditangkap.

Menurut kenyataan ISM, polis Zionis sengaja menjalankan operasi penangkapan seperti itu bagi menakutkan murid sekolah. Kanak-kanak di Al-Khalil sering menjadi sasaran tentera Israel ketika mereka menunggu waktu persekolahan.

ism-06 ism-04 ism-05 ism-03 ism-01 ism-02

ism-07

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts