[Video] Tentera Zionis Musnahkan Bangunan Tinggi Di Gaza

GAZA, 23 Ogos 2014 (Ma’an, Electronic Intifada) — Jet tentera udara Zionis memusnahkan bangunan apartmen 12 tingkat di Gaza City, mengingatkan kembali kepada peristiwa 11 September di Amerika.

Bagi penduduk Gaza, peristiwa serangan ke atas bangunan yang dipanggil “Zafir 4” di kejiranan Tal al-Hawa itu selayaknya digelar “9/11 Gaza.”

Bangunan tersebut mempunyai 44 buah apartmen yang dihuni oleh 240 orang. Mereka dikatakan menerima amaran awal supaya meninggalkan bangunan, 10 minit sebelum berlakunya serangan. Namun laporan pihak perubatan menyebut 18 orang tercedera dalam serangan itu, di mana 10 daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut Pusat Has Asasi Manusia Al-Mezan, siasatan mereka ke atas premis tersebut dan kawasan sekitarnya mendapati tidak ada sebarang aktiviti militan seperti yang didakwa oleh pihak Zionis. Majoriti penghuni bangunan tersebut adalah keluarga pekerja Palestinian Authority.

Laporan PBB menyebut sekurang-kurangnya 17,000 buah rumah penduduk Gaza musnah sama sekali, menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts