Wadi Humus dikepung sebelum perobohan besar-besaran

BAITULMAQDIS, 21 Jul 2019 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menggempur kejiranan Wadi Hummus di bandar Sur Baher di timur Baitulmaqdis, mengepung kawasan tersebut sebagai persediaan meroboh puluhan buah apartmen penduduk Palestin.

Gerombolan besar tentera bersama pasukan polis Zionis menggempur dan mengepung kawasan kejiranan tersebut selepas pihak perbandaran Zionis dan kontrantor Yahudi mengambil ukuran bangunan yang akan dirobohkan. Rejim Zionis mendakwa bangunan aparmen terbabit terletak berdekatan Tembok Pemisah dan mengancam keselamatan pendatang Yahudi yang tinggal di kawasan berdekatan.

Sebanyak 16 buah bangunan bakal dirobohkan, melibatkan 110 buah apartmen.

Rejim Zionis sebelum ini memberi tempoh sehingga 18 Julai kepada penduduk supaya meroboh rumah mereka sendiri. Oleh kerana tarikh tersebut telah luput, pihak perbandaran Zionis akan meroboh rumah-rumah mereka dan pemilik-pemiliknya akan dipaksa membayar kos yang sangat tinggi.

Wadi Humus terletak dipinggir Sur Baher di tenggara Baitulmaqdis. Tidak seperti kawasan lain, kejiranan ini terletak di luar sempadan perbandaran Baitulmaqdis. Sebahagian besar kawasannya terletak dalam Kawasan A, iaitu wilayah Tebing barat yang dikawal penuh oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Apabila rejim Zionis membina Tembok Pemisah pada tahun 2003, kejiranan tersebut termasuk ke dalam wilayah yang dikawal oleh rejim Zionis, walaupun ia tetap dianggap sebagai sebahagian daripada Tebing Barat di bawah kuasa PA. Walaupun permit pembinaan di Wadi Humus berada di bawah bidang kuasa PA, tentera Zionis mengharamkan pembinaan dalam kawasan sekitar 250 meter dari Tembok Pemisah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts