Wanita al-Quds dihukum 5 tahun penjara

AL-QUDS, 15 Dis 2016 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds menjatuhkan hukaman penjara selama lima tahun ke atas wanita Palestin Athoya Abu Aisyah, 29, atas tuduhan cuba membuat serangan menikam.

Wanita yang berasal dari daerah Kfar Aqeb di utara al-Quds itu dituduh berkelakuan mencurigakan dan disangka cuba menikam askar Zionis di pintu al-Amud di luar Kota Lama pada bulan Disember 2015. Polis Zionis mendakwa menjumpai sebatang pemutar skru ketika memeriksa mangsa dan menangkap beliau walaupun tidak membuat sebarang serangan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts