Wanita Palestin dihukum penjara 11 tahun

BEIT LAHM, 7 Nov 2016 (Maan) — Sebuah mahakamah Zionis di al-Quds menjatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun ke atas wanita Palestin Israa Jaabis, 32, atas tuduhan cuba meletupkan sebuah kereta berdekatan sekatan tentera di al-Quds pada 10 Oktober 2015.

Israa yang berasal dari kejiranan Jabal al-Mukabbir di kota al-Quds turut dikenakan denda sebanyak 20,000 shekel (RM22,000).

Keluarga beliau bertegas bahawa kejadian tersebut adalah satu kemalangan, di mana kereta yang dipandu Israa terbakar kerana tong gas yang diletak di tempat duduk bahagian belakang meletup.

Ketika kejadian, Israa sedang memunggah barang ke sebuah rumah baharu di al-Quds bagi tujuan mengekalkan status beliau sebagai seorang penduduk al-Quds. Beliau melecur parah di bahagian muka, tangan, belakang dan dada, di mana lapan batang jarinya terpaksa dipotong.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts