BAITULMAQDIS, 2 Julai 2018 — Polis Zionis hari ini menangkap wanita Palestin, Samah Ghazzawi, dan kemudian mengeluarkan arahan menghalang beliau memasuki tapak suci Masjid al-Aqsa.

Samah ditangkap ketika berada di kawasan Pintu al-Rahma, ketika gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa. Beliau diheret ke pusat tahanan al-Qashla untuk disoal siasat.

Sejak dua bulan lalu, seramai 15 penduduk Palestin diharamkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa.

(PIC)

SHARE