Wanita Palestin ditangkap di Beit Lahm atas tuduhan membawa pisau

BEIT LAHM, 29 Nov 2016 (PIC) — Pasukan tentera Zionis malam tadi menangkap seorang wanita Palestin berusia 23 tahun berdekatan kawasan penempatan haram Bitar Elite di barat Beit Lahm atas tuduhan membawa pisau.

Mangsa yang berasal dari perkampungan Betir itu didakwa membawa alat tajam di dalam beg beliau, kemudian ditangkap dan dilarikan ke lokasi yang tidak diketahui.

Susulan kejadian, tentera Zionis menyerbu masuk perkampungan Betir dan memecah masuk serta menggeledah rumah keluarga mangsa. Ahli-ahli keluarga beliau turut disoal siasat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts