Wanita Palestin ditembak, dituduh cuba menikam

BAITULMAQDIS, 6 Nov 2018 — Seorang wanita Palestin cedera ditembak dan kemudian ditangkap oleh tentera penjajah Zionis selepas dituduh cuba menikam seorang askar di Baitulmaqdis.

Wanita berumur 37 tahun dari kota Yatta di selatan al-Khalil itu ditembak di bahagian peha dan dilarikan ke Pusat Perubatan HaDassah.

Kejadian berlaku di sebuah stesen minyak berdekatan kawasan penempatan haram Kfar Adumim di Baitulmaqdis Timur. Wanita tersebut memasuki kedai sebelum diarahkan keluar, dan pemilik kedai memanggil pasukan polis apabila beliau enggan keluar.

Apabila pasukan polis tiba, mereka tidak menjumpai wanita terbabit dan mula melancarkan operasi mencari bersama pasukan tentera. Setelah dijumpai dan cuba ditangkap, beliau dikatakan menghunus gunting ke arah tentera.

Tentera Zionis mendakwa telah menjumpai sebilah pisau dalam beg mangsa, dan sebilah lagi pisau berdekatan beliau ketika ditembak.

(PIC, Maan, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts