RAMALLAH, 16 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap wanita warga emas Zahra Eshtiyeh, 80, ketika dalam perjalanan menziarahi anaknya di penjara Jilbao, di utara wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Zahra ditangkap diluar kawasan penjara Gilbao tanpa alasan.

Anaknya Jawad Eshtiyeh, 42, dipenjara sejak 16 tahun lalu. Beliau ditangkap pada 25 Oktober 2003 atas tuduhan menjadi anggota briged Shuhada al-Aqsa dan terlibat dalam operasi anti-penjajahan. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.

(PIC)

SHARE