Warga emas cedera ditembak tentera Zionis

RAMALLAH, 17 Ogos 2020 — Seorang warga emas Palestin cedera ditembak oleh tentera penjajah Zionis di sekatan Qalandiya, lintasan antara kota Baitulmaqdis dan Tebing Barat hari ini.

Ketika kejadian, lelaki berusia 60 tahun itu berjalan kaki melalui laluan khusus untuk kenderaan. Beliau ditembak apabila tidak berhenti selepas diarah oleh tentera Zionis.

Setelah kejadian, tentera Zionis mendapati mangsa adalah seorang kurang upaya yang mempunyai masalah pendengaran.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts